Thursday, 19 January 2017

Gaduh.

Kenapa sebelum ada keputusan nak kahwin, semua benda berjalan lancar?

Kenapa bila dah dapat tarikh kahwin, dan semakin dekat menghampiri tarikh tu, semakin kerap gaduh?

Atas sebab sebab yang kecik pun boleh jadi gaduh besar?

Tuesday, 17 January 2017

Penekanan.

Aku faham, semua orang akan alami sesuatu perkara yang memberi tekanan. Dan terpulang kepada pemikiran individu itu sendiri mcm mana dia nak hadapi dan selesaikan tekanan tersebut.
Aku termasuk dalam individu tu, yang mana aku ada penyelesaian yang aku dapat fikirkan, tapi aku tak dapat nak laksanakan penyelesaian tu.

Kenapa? Sebab persekitaran dan pengaruh orang sekeliling. Benda nie yang memainkan peranan dalam langkah langkah penyelesaian tu. Jadi apa aku kena buat?

BUAT TAK TAHU.
Bye.

Friday, 13 January 2017

Menaip Semula?

Bismillah.

Ya, aku menaip semula. Cuma taipan (baca tai - pan) kali nie aku nak fokuskan kepada realiti perjalanan kehidupan aku yang baru nak mula menuju ke alam perkahwinan.

Aku betul betul baru nak bermula. Setakat aku menaip pada waktu nie, jumlah baki dalam akaun bank aku adalah hanya sebanyak RM3.70 (aku baru je lepas semak baki sebenar) sahaja dan dalam beg duit ada syiling, tak sampai RM1. Aku tak tipu.

Aku dah kerja, hampir 5 tahun, 2 3 syarikat jugak, tapi aku tak menyimpan. Langsung tak. Gaji sebulan kerja hanya untuk kegunaan seminggu bulan seterusnya. Macam tu la setiap bulan. Lagi tiga minggu buat apa? Pandai pandai la cari ikhtiar.
Memang takde simpanan.

Jadi, sebagai permulaan taipan semula nie, cukup setakat tu aku ceritakan. Aku akan muat naik perjalanan seterusnya secara harian (baca dengan ehem ehem). Hahahah. Okay.